Wednesday 8 October 2014

FENOMENA GERHANA BULAN


 


Assalamualaikum...
 
Pada waktu Maghrib, 8 Oktober 2014, kita  dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Ini merupakan gerhana bulan kali ke-2 berlaku untuk tahun 2014. Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 15 April tahun ini.
Fenomena gerhana bulan merah yang turut dikenali sebagai 'Gerhana Bulan Berdarah' terjadi apabila kedudukan Bumi terletak pada kedudukan sejajar di antara Matahari dan Bulan.
Bayang Bumi yang menutupi permukaan Bulan itulah yang menghasilkan bias berwarna merah seakan warna darah.
Sebagai seorang Muslim, apa pula yang seharusnya kita lakukan apabila berlaku kejadian gerhana di tempat kita? Kita disunatkan mendirikan solat sunat gerhana. Hukumnya sunat muakkad.

Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Bulan secara berjemaah. Ianya mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk dan 4 sujud. Ianya dilakukan seperti berikut:

RAKAAT PERTAMA

Lafaz niat:

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَالَى
 
Ertinya: Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.
Doa Iftitah

 Baca Surah al-Fatihah dan Surah dengan nyaring
 
Rukuk
 
I’tidal

 Baca Surah al-Fatihah dan Surah dengan nyaring
Rukuk

 I’tidal
Sujud dan seterusnya seperti solat biasa


 RAKAAT KEDUA

Baca Surah al-Fatihah dan Surah dengan nyaring.
 
Rukuk
 
 
I’tidal
 
Baca Surah al-  dan Surah dengan nyaring.
 
Rukuk
 
I’tidal
 
Sujud
 
Tahiyyat akhir
 
Jika dibuat di masjid, atau di surau, sunat diadakah khutbah, selepas solat sunat gerhana, walaupun gerhana telahpun habis.
 
 
Smile
Saba
 
 

No comments:

Post a Comment